Jerebu: Tips Kesihatan Mudah & Praktikal

jerebu

Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan jerebu yang merekodkan kualiti udara tidak sihat supaya mengambil langkah pencegahan dengan mengikuti tips kesihatan mudah dan praktikal berikut.

Tips 1: PAKAI TOPENG MUKA
Pemakaian topeng muka yg berkualiti ketika berada di luar rumah atau bangunan, penting untuk pastikan kita menghirup udara yg bertapis. Topeng muka dapat melindungi kita daripada menghirup udara kotor secara terus yg mana akan memberi kesan kepada paru2

Tips 2 : PANTAU INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan sentiasa mengemaskini tahap IPU di semua kawasan. Jadi amat penting untuk kita pantau paras berkenaan bagi memastikan kita sentiasa berjaga2 & bersiapsedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan

Tips 3 : KURANGKAN AKTIVITI LUAR RUMAH
Ketika jerebu melanda anda perlu menghadkan aktiviti luar rumah untuk mengelakkan terdedah kepada udara tidak sihat. Langkah ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit akibat jerebu. Jadi, ketika jerebu, sebaiknya elak dari keluar rumah untuk beriadah

Tips 4 : BANYAK MINUM AIR
Minum air banyak air sekurang-kurangnya 2 liter sehari membantu diri dari masalah berkaitan jerebu. Air dapat membantu menghidratkan semula badan

8 TIPS KESIHATAN SEMASA JEREBU

Tips 5 : JANGAN MEROKOK
Tips ini tidak hanya diguna pakai ketika jerebu sahaja. Alngkah bagus jika terus berhenti dari merokok untuk pastikan udara disekeliling kita bersih. Hakikatnya, rokok sudah bahaya pada perokok & orang sekeliling namun ketika jerebu, tahap bahaya mungkin meningkat 2 kali ganda & secara tidak langsung perokok menyumbang kepada tahap udara tidak sihat

Tips 6 : BASUH MUKA & TANGAN
Kita seharusnya mendidik diri & anak2 supaya membasuh tangan selepas melakukan sebarang aktiviti di luar atau dalam rumah. Amalan ini baik untuk kesihatan & kita tidak mudah dijangkiti kuman yg boleh mengakibatkan pelbagai sakit termasuk ciri birit & keracunan makanan

Tips 7: JANGAN LAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA
Tabiat ini biasanya berlaku di kampung2 terutama pada pakcik & makcik yg seharusnya peka. Hentikan tabiat membakar secara terbuka termasuk ketika waktu jerebu

Tips 8: PAKAI PENAPIS UDARA YANG  MEMPUNYAI HEPA FILTER
Tahukah anda, jika anda menutup pintu/tingkap sewaktu jerebu, potensi untuk kualiti udara di dalam rumah menjadi teruk juga meningkat akibat daripada ventilasi yang tertutup kecuali jika di dalam rumah anda terdapat aircond, atau penapis udara.

Share this:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!