Kedua jenama Cuckoo atau Coway mempunyai kelebihan masing-masing. Perbandingan di bawah sekadar rujukan sahaja. Apa yang penting keluarga anda minum air bersih bertapis di rumah.
1. JENIS AIR YANG DIHASILKAN
CUCKOO
Menghasilkan air mineral beralkali ringan dengan purata ph 7.5 yang baik diminum untuk seisi keluarga. Jenama Cuckoo juga mendapat pengiktirafan dari World Health Organization (WHO).
COWAY
Menghasilkan air jenis reverse osmosis (RO) juga dikenali sebagai air suling. Air RO tidak mengandungi mineral baik yang diperlukan oleh badan.
2. TEMPOH SERVIS & PENUKARAN FILTER
CUCKOO
Filter yang digunakan dalam penapis air Cuckoo berkualiti dan direka untuk bertahan maksimum 6 bulan. Namun bagi menjamin kualiti air, servis & penukaran filter dibuat setiap 4 bulan.
COWAY
Sistem penapisan reverse osmosis (RO) memerlukan servis lebih kerap supaya filter tahan. Oleh sebab itu, servis untuk penapis air Coway dibuat setiap 2 bulan. Filer yang telah dicuci akan digunakan semula.
3. SAIZ & JENIS TANGKI
CUCKOO
Menggunakan tangki jenis Food Grade Stainless Steel. Kelebihan tangki jenis ini ialah tahan panas, tahan karat & dapat elak pembiakan kuman dan bakteria.
COWAY
Menggunakan tangki jenis plastik BPA. BPA sering dikaitkan dengan pembiakan kuman dan bakteria. Sebab itulah penapis air Coway perlu diservis lebih kerap setiap 2 bulan.
4. ISU PEMBUANGAN AIR
CUCKOO
Sistem Nano Positif Filteration Cuckoo menyingkirkan logam berat merbahaya & pada masa sama megekalkan kandungan mineral dalam air. Tiada pembuangan air ketika proses penapisan.
COWAY
Sistem Reverse Osmosis Coway menghasilkan air suling tanpa mineral dan proses penapisan memerlukan pembuangan air.
5. TEKANAN AIR
CUCKOO
Hanya memerlukan tekanan air rendah untuk membolehkan pemasangan. Sesuai untuk rumah flat atau rumah yang menggunakan sumber air boring.
COWAY
Penghasilan air reverse osmosis memerlukan tekanan air yang tinggi. Jika tekanan air di rumah anda rendah, anda perlu kos tambahan pasang water pump berharga RM200-RM300.